Tuesday, August 31, 2010

mangkuk.

kalau gua cakap pasal mangkuk, apa yang lu fikir? mangkuk hayun? mangkuk jamban? mangkuk nasi?

walau apa pun mangkuk yang lu fikirkan, gua kisah apa. bagi gua, tiga-tiga mangkuk yang gua tules tu ada kaitan. lagi-lagi bila dah tiba hari-hari yang cemerlang, gemilang dan terbilang macam Hari Merdeka ni.

sempena hari baik bulan baik ni, gua nak tules benda yang bermanfaat juga. tapi, masih tak lari konsep blog gua, bengang. kalau lari, baik gua tutup je blog ni, tak gitu?

bila lu lahir dan masa lu kecik dulu, masa lu tak reti nak guna tangan sendiri untuk suapkan makanan masuk dalam mulut, agak-agak siapa yang bagi lu makan? jangan nak tipu gua kata lu pandai makan sendiri sejak dari lu lahir. gua terajang lu karang. mestilah mak bapak lu yang bagi lu makan kan? ambil mangkuk nasi, suapkan kat mulut lu dan lu pun kenyang. kalau lu makan nestum, still mak bapak lu yang suapkan. lu takkan boleh suap sendiri. sampailah umur lu dah tua sedikit. baru umur 3-4 tahun pun, lu dah rasa cukup hero dapat makan sendiri. dah taknak mak bapak lu suapkan.

bila lu besar sikit, mak bapak lu ajar lu guna tandas. ajar lu berak kencing dalam mangkuk jamban. kebersihan mesti dijaga. kalau lu berak merata-rata, selet tahi sini sana, mesti tangan lu kena titik punya. lepas tu, lu pun meraung macam kena dera benar. padahal memang salah lu pun. mak bapak lu dah ajar susah payah berak kencing kat mangkuk jamban, lu pergi berak kencing merata-rata juga. padan dengan muka lu.

bila lu besar lagi, lu dah mula rasa besar kepala. dan masa itulah lu jadi mangkuk hayun. lu bermula dengan mak bapak lu suapkan makanan guna mangkuk nasi, ajar lu buang air kat mangkuk jamban, lepas tu lu buat perangai mangkuk hayun.

kalau bagi yang perempuan, lu mula ada pakwe. bila lu ada pakwe, lu rasa dunia ini lu yang punya. dah tak ada orang lain yang boleh bahagiakan lu selain pakwe lu tu. lu lupa bukan pakwe lu yang suapkan lu makan guna mangkuk nasi dulu. lu lupa bukan pakwe lu yang ajar lu guna mangkuk jamban bila nak buang air. sebab lu lupa la, lu bagi semua yang menjadi milik lu. termasuklah mahkota lu yang lu boleh bagi kat suami lu je. tapi, lu kan dah terlebih sayang. sampai lu melayang-layang dan jadi bangang. tak tahu nak beza mana satu baik mana satu buruk.

kalau lelaki pula, lu mula merempit. jadi raja jalanan. jadi mat bohjan. habis hero lah kononnya? lu mula curi duit mak bapak lu. kalau bukan untuk beli dadah, lu guna untuk bertaruh. lu memang sayang mak bapak lu kan? memang inilah caranya lu balas jasa mak bapak lu. dah puas merempit, hidu gam, high banyak-banyak, lu mula bersuka ria tak kira syurga neraka. yang lu tahu, syurga dunia. lu jahanamkan anak dara orang. walaupun gua yakin yang lu jahanamkan tu pun dah tak berapa nak dara dah.

lepas berkali-kali lu buat, akhirnya si perempuan yang gua syak gua dah boleh tukar status jadi betina ni pun mengandung. sebab apa gua tukar status jadi betina? betina untuk binatang kan? memang sesuai pun. kalau lu orang ni manusia yang ada akal, lu orang takkan boleh bawak perut membunting anak haram. hanya binatang je tak payah menikah. tapi, gua syak lu lagi teruk daripada binatang. at least binatang ni kalau rasa suka, buat. dah bunting, tak ada pula gua dengar 'kucing buang anak'. nampak tak betapa lu lagi teruk daripada binatang?

lu jadi hilang pedoman. hidup lu dipenuhi setan. mangkuk nasi yang mak lu guna untuk suap dulu, mangkuk jamban yang mak lu ajar guna dulu, semua lu balas dengan mangkuk hayun. yang lagi seronok bila anak luar nikah lu tu lahir, lu dengan rasa tak bersalah langsung pergi buang dalam mangkuk jamban! 

woi! bukan ke mak lu ajar buang tahi dan kencing je kan dalam mangkuk jamban tu? yang lu pegi buang bayi tu ape kejadahnya? bayi tu najis ke weh? walaupun lu perangai macam celaka sampai dapat lahirkan anak luar nikah tapi bayi tu tak bersalah, bangang! lu yang najis. jijik. busuk.

memang mangkuk hayun sungguh la lu ni. bila merdeka je, lu fikir bebas. lu fikir merdeka tu maksudnya bebaskan pakaian lu daripada badan ke? merdeka sangat.

setiap hari, peratus buang bayi makin meningkat. lu nak tahu sebab apa? sebab negara kita ni banyak sangat keraiannya. itu nak rai. ini nak rai. sikit-sikit nak rai. semua nak rai. manalah mangkuk-mangkuk hayun yang singkat akal ni tak rasa nak enjoy je.

masa berhimpun kat mana-mana dataran untuk sambut merdeka, lu laungkan merdeka. memang lu laungkan merdeka kat mulut, tapi kat bawah lu buat perangai najis, celaka dan setan lu tu! merdeka habis.

sekarang lu ada hati nak ucap Selamat Merdeka lagi? bagi gua, tak perlu. tak perlu selagi ucapan tu hanya keluar daripada mulut mengikut kebiasaan. klise sangat. sedangkan lu taklah merdeka mana pun. tak malu. sungguh.

lu dah nampak kan apa kaitan mangkuk-mangkuk itu semua? si pemakan dalam mangkuk nasi yang dah jadi mangkuk hayun dengan membuang bayi dalam mangkuk jamban. mangkuk betul.

memang kali ni gua saje tules panjang-panjang. lagipun, gua dah lama berehat daripada menulis. gua puas memerhatikan manusia sekeliling, memendam rasa bengang gua. anggaplah ini edisi bumper kemerdekaan. huh.



lu boleh ertikan merdeka dalam apa dimensi yang lu suka.
tapi lu takkan boleh ertikan merdeka yang sebenarnya bila lu berperangai celaka.
gua pun tak sempurna.
sungguh gua mengaku yang gua ada juga celanya.
tapi satu je yang gua pinta.
tolong jangan menambah bilangan yang ada.
jiwa gua rasa sengsara.
raga gua terseksa.
dan ini untuk peringatan semua.
kalau terasa, padan muka!
gua kisah apa.

9 orang bengang jugak:

Izzati Ishak said...

tabik.

aku pun bengang jugak.

bukan penggoda said...

nais lah!

Emerald said...

tweety suwitt:
lu bengang sebab apa?

bukan penggoda:
apa yang nais? nais tu same tak dengan naif? kalau naif tu gua. gua harap sangat lu tahu.

ape2 jer said...

weh mmg pjg entry kali ni hehe..
aku dah letih nk cete psl perempuan murah ni..
lagi ko geram lagi bertambah..
aku kalo tgk org dating skang means yg sekolah2 rasa mcm nk lempang je..sbb kepala aku terus trpk psl buang baby haihh..
tapi tulah siapa kita nk halang kan..
ntahlah...

Vanilla Popsicle said...

aku teringat mangkuk megi!

... said...

wohooooooo
mangkuk byk dlm dunia ni
n spesis mangkuk pling aku benci

Emerald said...

miss:
panjang kan? memang gua saje buat panjang2. sbb gua tahu lu mesti dah rindu gua banyak2. ekekekeke.

vanilla:
dah lama gua x makan megi. sejak bulan lepas. heh.

cleo:
spesis mangkuk apa yang paling lu benci?

... said...

wa ada kisah dgn mangkuk

sbb tu lah

hahaha

pisau belati said...

dunia menghampiri kiamat......