Wednesday, August 25, 2010

hina.

dalam hidup, kita sememangnya tidak diberikan pilihan. sejak sebelum kita berada dalam rahim ibu lagi, adakah kita diberi pilihan oleh Allah untuk disenyawakan, ditiupkan roh lalu dihidupkan? tidak. kerana Allah yang berhak dan berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. ingat itu.

gua akui gua selalu pentingkan diri gua. mungkin ada yang fikir orang bodoh macam gua je yang buat blog sebab nak lepaskan rasa bengang gua. tapi, kalau lu jadi orang yang gua bengangkan itu, adakah lu orang sanggup menadah telinga dan berperang sampai ke sudah dengan gua kalau gua lepaskan marah dan bengang gua kat lu orang? sanggup? i bet you don't.

jadi, biarkan gua dengan cela gua. biarkan gua dengan rasa bengang gua kat sini. memang gua fikir enggan bersubahat dengan perangai celaka orang yang tak reti bahasa, tapi gua tak larat dah nak tegur depan-depan. bukan gua takut. tapi, gua dah malas. gua dah cakap, tapi tak nak dengar, justeru boleh pergi mampus!

cuma satu pesan gua, gua tahu mak bapak lu tak tahu kegiatan lu, jadi jangan sampai dia orang tahu dan mati masa tu juga sebab terkejut dengan perangai anak yang disangka baik dan menjadi harapan keluarga. gua rasa kasihan dengan mak bapak lu. lu tahu apa yang lu buat tu salah, tapi lu buat juga kan?


gua doa semoga gua tak diuji begitu
sebab gua tahu gua tak sekuat mana untuk menolak nafsu

kali ni gua syak gua tules untuk lu bace dengan lebih tenang.
mungkin kerana gua sedih gua tak banyak beribadat tapi banyak mengumpat.
sedangkan Ramadhan dan semakin hampir untuk meninggalkan gua.
sesungguhnya gua memang insan hina.
tapi lu?
mungkin lebih hina.
mungkinlah.
heh.

4 orang bengang jugak:

Leplep said...

ape kate lu try hantar surat layang plak..mane tau berkesan..

ape2 jer said...

bagitau mak ayah dia..kasi kantoi time dia p umah mamat tu dok berkhidmat..biar mak ayah dia plak try nasihat hehe..ok x?

Duniakuabstrak said...

ko tak cukup kejam lagi kot

sbb tu diorang naik kepala

Emerald said...

areleaf:
gua tak rasa cara tu berkesan.

miss:
gua dah pernah terfikir. tapi, gua takut mak dia mati terkejut je nanti. lu memang pembaca setia gua.

duniakuabstrak:
kalau lu kenal gua, lu pasti akan berasa gerun dengan kekejaman gua.