Tuesday, September 28, 2010

kerja.

banyak benda yang boleh buat kita gaduh. dan salah satunya benda yang kita akan gaduh dengan kawan-kawan adalah pasal kerja. yelah. siapa yang suka buat kerja lebih? lu? lu? lu? gua boleh potong kuku la kalau lu orang sanggup buat kerja lebih!

gua bukan apa. standard la orang yang bekerjaya macam gua ni. selalu je tak puas hati kalau ada member yang suka curi tulang tapi cakap pang pung pang pung macam dia dah buat banyak sangat kerja. memang macam celaka, cinabeng segala la. gua rasa gua masih boleh bersabar dengan golongan macam ni, tapi gua meluat dalam hati jela. agak celaka di situ. orang kata lebih baik hipokrit daripada kita melukai hati orang, ye dak?

masa gua belajar dulu, benda paling celaka yang gua tak suka adalah bila masa assignment datang. kecelakaannya memang gua tak dapat nak gambarkan. rasa nak bunuh orang waktu tu pun ada jugak. lebih-lebih lagi dapat rakan sekumpulan yang berperangai celaka. jangan kira berapa banyak celaka gua dah tules. dah nama gua bengang.

lagi satu yang gua tak suka adalah kalau dapat member yang psiko tahap gampang! arghhhh. gua memang tak boleh pergi la dengan golongan palat macam ni. gua rasa macam nak dikaki-kakikan je orang-orang ni. apa lahanat sangat nak psiko-psiko? gua bengang betul lah!


gua mungkin jahat.
mungkin juga sedikit lahanat.
tapi, gua tahu juga nak jalankan tanggungjawab gua.
lu jangan nak berlagak bagus dengan setakat nak jadi ketua.
arah itu ini macam nak sawan.
walhal haprak tiada apa-apa pun yang lu hasilkan.
bikin gua bengang je.
babier.

Tuesday, September 7, 2010

mulia.

agak lama gua tak update blog gua ni. tapi, gua kisah apa. dah gua tak bengang. tak ada la update daripada gua. karang-karang lari tema blog gua pula, ye dak?

sedar tak sedar, bulan Ramadhan yang mulia sudah pun hendak meninggalkan kita. nak kata gua sedih, memang pun! mana gua tak sedih. alangkan bulan yang setan dah dibelenggu, dirantai, dipenjarakan, dinerakakan pun orang masih buat maksiat sini sana. apatah lagi bila setan mula dilepaskan semula. memang maksiat tersebut akan menjadi semakin bangsat sebangsat-bangsatnya lah nanti. 

gua memang tak sanggup. bulan yang ada setan lu buat maksiat, bulan tiada setan lu buat maksiat. jadi, hidup lu ni penuh dengan nak buat maksiat saje la ye?

gua kasihan lah dekat diri lu. gua cuma boleh berharap dan berdoa agar Allah biarkan lu buat maksiat tu sebagai tanda Dia menguji lu. dan setahu gua yang tak berapa nak bijak pandai ni, kalau Allah uji kita, maknanya Dia masih sayang kita. jadi, gua harap itu satu ujian untuk lu sebagai tanda Allah masih sayangkan lu. kalau tak, nauzubillah. gua tak hendak minta yang bukan-bukan.


gua cuma manusia biasa.
yang mana sempurna tak pernah menjadi nama tengah gua.
tapi gua harap gua boleh jadi insan mulia.
kalau bukan untuk orang lain pun biarlah untuk diri gua semata.

gua minta ini bukanlah Ramadhan yang terakhir kalinya.
kerana gua leka menghitung dosa daripada pahala.
mana mungkin gua bersedia.
tapi bilamana kun fayakun-Nya bergema.
gua tetap seorang hamba yang tidak punya kuasa.

jikalau Ramadhan yang diisi tak seberapa.
tak payahlah sibuk-sibuk nak beraya.
gua pesan ikhlas ni dari hati turun ke pena.
kalau lu nak terasa, gua kisah apa.