Thursday, November 11, 2010

mati.

bila gua merenung jauh ke langit biru, gua dapat rasakan satu nikmat. nikmat yang Sang Pencinta pinjamkan kepada gua. gua rasa kerdil. hina. terlalu. hina.

gua akui gua memang manusia biasa. terlalu biasa. yang mungkin menjelikkan bagi pandangan lu. tapi, lu jangan pernah lupa. lu mungkin antara kalangan manusia biasa yang terlalu biasa yang juga mungkin menjelikkan bagi pandangan gua. jadi, kita serupa. adil dan empat segi.

gua tak tuntut pun untuk lu jadi orang lain untuk puaskan hati gua. gua juga tak ingin nak tonton lagi segala macam kepura-puraan yang kita berdua lakonkan. ya. gua. dan. lu.

lu mungkin boleh halang apa yang gua rasa. tapi, ingat. lu bukan sesiapa dalam hidup gua. gua tak pernah iktiraf lu dalam hidup gua. jadi, sekarang gua minta lu tolong berhambos dari hidup gua sebab gua rasa semak macam kimak bila berdepan dengan orang macam lu.

kalau gua ada dua pilihan,
sama ada untuk terbunuh atau membunuh,
gua akan pilih terbunuh,
bukan niat untuk membunuh diri,
bukan juga nak tunjuk gua berhati suci,
gua cuma harap itu akan jadi pengakhiran,
hanya bagi gua,
bukan bagi lu,
sebab ramai lagi yang belum saksikan lakonan lu,
biarkan mereka pula yang jadi mangsa seterusnya,
lu kan pemangsa terhebat.

biarkan semua tahu.
apa yang terbuku.
dalam hati yang kaku.
lagi beku.

Wednesday, November 3, 2010

hipokrit.

dah lama agaknya gua tak naikkan entri. sebabnya gua takdak masa nak update entri-entri ni. lagipun, gua bukan pemblog tegar. kerja pun berlambak macam gampang. 

siapa kata gua tak bengang? bengang memang bengang beb. tapi, gua just takdak masa nak update.

pernah tengok manusia yang hipokrit? sifatnya ala-ala hipopotemus. gua belajar tak tinggi. jadi, gua tak tahu nak eja macam mana binatang tu. tapi, gua syak semua pun dapat tangkap binatang yang mana gua cuba maksudkan. gua bukan nak salahkan binatang tu. hanya meminjam nama kerana gua meluat betul dengan manusia yang hipokrit.

bila gua pun hipokrit, maka gua akan meluat dengan diri gua sendiri. nampak tak betapa gua meluatnya dengan kehipokritan ni?

dalam dunia maya ni, sesiapa pun boleh menyamar jadi apa saja yang dia kehendakkan. yang lelaki nak mengaku perempuan pun boleh. yang perempuan nak kata dia lelaki pun takdak masalah. ikut suka hangpa.

tapi, yang gua tak suka, dah lah menyamar, macam gampang pula main-mainkan perasaan orang. memang gua bengang betul. seronok betul lu mainkan perasaan orang kan? memang kerja terpuji apa yang lu buat tu. bila dah terbuka topeng manusia lu dan orang baru sedar yang lu ni syaitonnirrajim, waktu tu jadi Kasim Selamat pon dah takdak guna.


selagi lu mampu berpura-pura,
lu teruskanlah dan semoga berjaya,
mungkin lu dilahirkan untuk menjadi hipokrit,
jangan nanti bila dah takdak orang nak percaya lu,
baru terhegeh-hegeh nak mintak maaf ampun segala,
waktu tu gua pun akan meludah kat muka lu,
pergi mampus!