Tuesday, September 7, 2010

mulia.

agak lama gua tak update blog gua ni. tapi, gua kisah apa. dah gua tak bengang. tak ada la update daripada gua. karang-karang lari tema blog gua pula, ye dak?

sedar tak sedar, bulan Ramadhan yang mulia sudah pun hendak meninggalkan kita. nak kata gua sedih, memang pun! mana gua tak sedih. alangkan bulan yang setan dah dibelenggu, dirantai, dipenjarakan, dinerakakan pun orang masih buat maksiat sini sana. apatah lagi bila setan mula dilepaskan semula. memang maksiat tersebut akan menjadi semakin bangsat sebangsat-bangsatnya lah nanti. 

gua memang tak sanggup. bulan yang ada setan lu buat maksiat, bulan tiada setan lu buat maksiat. jadi, hidup lu ni penuh dengan nak buat maksiat saje la ye?

gua kasihan lah dekat diri lu. gua cuma boleh berharap dan berdoa agar Allah biarkan lu buat maksiat tu sebagai tanda Dia menguji lu. dan setahu gua yang tak berapa nak bijak pandai ni, kalau Allah uji kita, maknanya Dia masih sayang kita. jadi, gua harap itu satu ujian untuk lu sebagai tanda Allah masih sayangkan lu. kalau tak, nauzubillah. gua tak hendak minta yang bukan-bukan.


gua cuma manusia biasa.
yang mana sempurna tak pernah menjadi nama tengah gua.
tapi gua harap gua boleh jadi insan mulia.
kalau bukan untuk orang lain pun biarlah untuk diri gua semata.

gua minta ini bukanlah Ramadhan yang terakhir kalinya.
kerana gua leka menghitung dosa daripada pahala.
mana mungkin gua bersedia.
tapi bilamana kun fayakun-Nya bergema.
gua tetap seorang hamba yang tidak punya kuasa.

jikalau Ramadhan yang diisi tak seberapa.
tak payahlah sibuk-sibuk nak beraya.
gua pesan ikhlas ni dari hati turun ke pena.
kalau lu nak terasa, gua kisah apa.

7 orang bengang jugak:

... said...

punye pilihan antara dosa dan pahala
ada akal

tp pilih dosa?

itu bukan lg ujian
itu nafsu

wa hrp kwn lu tu berubah la der
wa tau..wa ade kwn2 mcm ni
penat, penat tgk .. tk tgur kita sama b'dosa

kta tgur lah stakat kta mmpu
asalkan kte dh jlnkn tgggjwb sbg muslim sudah

... said...

wa hrp kita jumpa mlm lailatulqadar dr malam2 yg kta tangiskan pdNya tu

bukan penggoda said...

sgguh pjg komen cleo. jd, wa harus komen pndek je bukan? hehe.

slmt ari raya emerald! itu pon klw lu pose pnuh! hee~

pisau belati said...

nantikan saja bay-bayi tidak sah taraf,baru akan dilahirkan pada tahun hadapan.hasil daripada maksiat malam 31ogos lalu...

bencana melanda dunia pengajaran dan peringatan buat si pendosa.tapi yang mendapat tempias,mereka-mereka tak tidak bersalah.mana hilangnya keperikemanusiaan insan.

LUMUT said...

der,
apesal gua kt sini x rasa ape pon der nak raya...

gua lagi sedih bulan pose nak habis ni..uhuk

LUMUT said...

der,
apesal layout blog lu ni semat gile...........

adduh gua minat plak dah,.hehe

ape2 jer said...

hehe raya aku x bersungguh pun sungguh hihi