Thursday, November 11, 2010

mati.

bila gua merenung jauh ke langit biru, gua dapat rasakan satu nikmat. nikmat yang Sang Pencinta pinjamkan kepada gua. gua rasa kerdil. hina. terlalu. hina.

gua akui gua memang manusia biasa. terlalu biasa. yang mungkin menjelikkan bagi pandangan lu. tapi, lu jangan pernah lupa. lu mungkin antara kalangan manusia biasa yang terlalu biasa yang juga mungkin menjelikkan bagi pandangan gua. jadi, kita serupa. adil dan empat segi.

gua tak tuntut pun untuk lu jadi orang lain untuk puaskan hati gua. gua juga tak ingin nak tonton lagi segala macam kepura-puraan yang kita berdua lakonkan. ya. gua. dan. lu.

lu mungkin boleh halang apa yang gua rasa. tapi, ingat. lu bukan sesiapa dalam hidup gua. gua tak pernah iktiraf lu dalam hidup gua. jadi, sekarang gua minta lu tolong berhambos dari hidup gua sebab gua rasa semak macam kimak bila berdepan dengan orang macam lu.

kalau gua ada dua pilihan,
sama ada untuk terbunuh atau membunuh,
gua akan pilih terbunuh,
bukan niat untuk membunuh diri,
bukan juga nak tunjuk gua berhati suci,
gua cuma harap itu akan jadi pengakhiran,
hanya bagi gua,
bukan bagi lu,
sebab ramai lagi yang belum saksikan lakonan lu,
biarkan mereka pula yang jadi mangsa seterusnya,
lu kan pemangsa terhebat.

biarkan semua tahu.
apa yang terbuku.
dalam hati yang kaku.
lagi beku.

Wednesday, November 3, 2010

hipokrit.

dah lama agaknya gua tak naikkan entri. sebabnya gua takdak masa nak update entri-entri ni. lagipun, gua bukan pemblog tegar. kerja pun berlambak macam gampang. 

siapa kata gua tak bengang? bengang memang bengang beb. tapi, gua just takdak masa nak update.

pernah tengok manusia yang hipokrit? sifatnya ala-ala hipopotemus. gua belajar tak tinggi. jadi, gua tak tahu nak eja macam mana binatang tu. tapi, gua syak semua pun dapat tangkap binatang yang mana gua cuba maksudkan. gua bukan nak salahkan binatang tu. hanya meminjam nama kerana gua meluat betul dengan manusia yang hipokrit.

bila gua pun hipokrit, maka gua akan meluat dengan diri gua sendiri. nampak tak betapa gua meluatnya dengan kehipokritan ni?

dalam dunia maya ni, sesiapa pun boleh menyamar jadi apa saja yang dia kehendakkan. yang lelaki nak mengaku perempuan pun boleh. yang perempuan nak kata dia lelaki pun takdak masalah. ikut suka hangpa.

tapi, yang gua tak suka, dah lah menyamar, macam gampang pula main-mainkan perasaan orang. memang gua bengang betul. seronok betul lu mainkan perasaan orang kan? memang kerja terpuji apa yang lu buat tu. bila dah terbuka topeng manusia lu dan orang baru sedar yang lu ni syaitonnirrajim, waktu tu jadi Kasim Selamat pon dah takdak guna.


selagi lu mampu berpura-pura,
lu teruskanlah dan semoga berjaya,
mungkin lu dilahirkan untuk menjadi hipokrit,
jangan nanti bila dah takdak orang nak percaya lu,
baru terhegeh-hegeh nak mintak maaf ampun segala,
waktu tu gua pun akan meludah kat muka lu,
pergi mampus!

Tuesday, September 28, 2010

kerja.

banyak benda yang boleh buat kita gaduh. dan salah satunya benda yang kita akan gaduh dengan kawan-kawan adalah pasal kerja. yelah. siapa yang suka buat kerja lebih? lu? lu? lu? gua boleh potong kuku la kalau lu orang sanggup buat kerja lebih!

gua bukan apa. standard la orang yang bekerjaya macam gua ni. selalu je tak puas hati kalau ada member yang suka curi tulang tapi cakap pang pung pang pung macam dia dah buat banyak sangat kerja. memang macam celaka, cinabeng segala la. gua rasa gua masih boleh bersabar dengan golongan macam ni, tapi gua meluat dalam hati jela. agak celaka di situ. orang kata lebih baik hipokrit daripada kita melukai hati orang, ye dak?

masa gua belajar dulu, benda paling celaka yang gua tak suka adalah bila masa assignment datang. kecelakaannya memang gua tak dapat nak gambarkan. rasa nak bunuh orang waktu tu pun ada jugak. lebih-lebih lagi dapat rakan sekumpulan yang berperangai celaka. jangan kira berapa banyak celaka gua dah tules. dah nama gua bengang.

lagi satu yang gua tak suka adalah kalau dapat member yang psiko tahap gampang! arghhhh. gua memang tak boleh pergi la dengan golongan palat macam ni. gua rasa macam nak dikaki-kakikan je orang-orang ni. apa lahanat sangat nak psiko-psiko? gua bengang betul lah!


gua mungkin jahat.
mungkin juga sedikit lahanat.
tapi, gua tahu juga nak jalankan tanggungjawab gua.
lu jangan nak berlagak bagus dengan setakat nak jadi ketua.
arah itu ini macam nak sawan.
walhal haprak tiada apa-apa pun yang lu hasilkan.
bikin gua bengang je.
babier.

Tuesday, September 7, 2010

mulia.

agak lama gua tak update blog gua ni. tapi, gua kisah apa. dah gua tak bengang. tak ada la update daripada gua. karang-karang lari tema blog gua pula, ye dak?

sedar tak sedar, bulan Ramadhan yang mulia sudah pun hendak meninggalkan kita. nak kata gua sedih, memang pun! mana gua tak sedih. alangkan bulan yang setan dah dibelenggu, dirantai, dipenjarakan, dinerakakan pun orang masih buat maksiat sini sana. apatah lagi bila setan mula dilepaskan semula. memang maksiat tersebut akan menjadi semakin bangsat sebangsat-bangsatnya lah nanti. 

gua memang tak sanggup. bulan yang ada setan lu buat maksiat, bulan tiada setan lu buat maksiat. jadi, hidup lu ni penuh dengan nak buat maksiat saje la ye?

gua kasihan lah dekat diri lu. gua cuma boleh berharap dan berdoa agar Allah biarkan lu buat maksiat tu sebagai tanda Dia menguji lu. dan setahu gua yang tak berapa nak bijak pandai ni, kalau Allah uji kita, maknanya Dia masih sayang kita. jadi, gua harap itu satu ujian untuk lu sebagai tanda Allah masih sayangkan lu. kalau tak, nauzubillah. gua tak hendak minta yang bukan-bukan.


gua cuma manusia biasa.
yang mana sempurna tak pernah menjadi nama tengah gua.
tapi gua harap gua boleh jadi insan mulia.
kalau bukan untuk orang lain pun biarlah untuk diri gua semata.

gua minta ini bukanlah Ramadhan yang terakhir kalinya.
kerana gua leka menghitung dosa daripada pahala.
mana mungkin gua bersedia.
tapi bilamana kun fayakun-Nya bergema.
gua tetap seorang hamba yang tidak punya kuasa.

jikalau Ramadhan yang diisi tak seberapa.
tak payahlah sibuk-sibuk nak beraya.
gua pesan ikhlas ni dari hati turun ke pena.
kalau lu nak terasa, gua kisah apa.

Tuesday, August 31, 2010

mangkuk.

kalau gua cakap pasal mangkuk, apa yang lu fikir? mangkuk hayun? mangkuk jamban? mangkuk nasi?

walau apa pun mangkuk yang lu fikirkan, gua kisah apa. bagi gua, tiga-tiga mangkuk yang gua tules tu ada kaitan. lagi-lagi bila dah tiba hari-hari yang cemerlang, gemilang dan terbilang macam Hari Merdeka ni.

sempena hari baik bulan baik ni, gua nak tules benda yang bermanfaat juga. tapi, masih tak lari konsep blog gua, bengang. kalau lari, baik gua tutup je blog ni, tak gitu?

bila lu lahir dan masa lu kecik dulu, masa lu tak reti nak guna tangan sendiri untuk suapkan makanan masuk dalam mulut, agak-agak siapa yang bagi lu makan? jangan nak tipu gua kata lu pandai makan sendiri sejak dari lu lahir. gua terajang lu karang. mestilah mak bapak lu yang bagi lu makan kan? ambil mangkuk nasi, suapkan kat mulut lu dan lu pun kenyang. kalau lu makan nestum, still mak bapak lu yang suapkan. lu takkan boleh suap sendiri. sampailah umur lu dah tua sedikit. baru umur 3-4 tahun pun, lu dah rasa cukup hero dapat makan sendiri. dah taknak mak bapak lu suapkan.

bila lu besar sikit, mak bapak lu ajar lu guna tandas. ajar lu berak kencing dalam mangkuk jamban. kebersihan mesti dijaga. kalau lu berak merata-rata, selet tahi sini sana, mesti tangan lu kena titik punya. lepas tu, lu pun meraung macam kena dera benar. padahal memang salah lu pun. mak bapak lu dah ajar susah payah berak kencing kat mangkuk jamban, lu pergi berak kencing merata-rata juga. padan dengan muka lu.

bila lu besar lagi, lu dah mula rasa besar kepala. dan masa itulah lu jadi mangkuk hayun. lu bermula dengan mak bapak lu suapkan makanan guna mangkuk nasi, ajar lu buang air kat mangkuk jamban, lepas tu lu buat perangai mangkuk hayun.

kalau bagi yang perempuan, lu mula ada pakwe. bila lu ada pakwe, lu rasa dunia ini lu yang punya. dah tak ada orang lain yang boleh bahagiakan lu selain pakwe lu tu. lu lupa bukan pakwe lu yang suapkan lu makan guna mangkuk nasi dulu. lu lupa bukan pakwe lu yang ajar lu guna mangkuk jamban bila nak buang air. sebab lu lupa la, lu bagi semua yang menjadi milik lu. termasuklah mahkota lu yang lu boleh bagi kat suami lu je. tapi, lu kan dah terlebih sayang. sampai lu melayang-layang dan jadi bangang. tak tahu nak beza mana satu baik mana satu buruk.

kalau lelaki pula, lu mula merempit. jadi raja jalanan. jadi mat bohjan. habis hero lah kononnya? lu mula curi duit mak bapak lu. kalau bukan untuk beli dadah, lu guna untuk bertaruh. lu memang sayang mak bapak lu kan? memang inilah caranya lu balas jasa mak bapak lu. dah puas merempit, hidu gam, high banyak-banyak, lu mula bersuka ria tak kira syurga neraka. yang lu tahu, syurga dunia. lu jahanamkan anak dara orang. walaupun gua yakin yang lu jahanamkan tu pun dah tak berapa nak dara dah.

lepas berkali-kali lu buat, akhirnya si perempuan yang gua syak gua dah boleh tukar status jadi betina ni pun mengandung. sebab apa gua tukar status jadi betina? betina untuk binatang kan? memang sesuai pun. kalau lu orang ni manusia yang ada akal, lu orang takkan boleh bawak perut membunting anak haram. hanya binatang je tak payah menikah. tapi, gua syak lu lagi teruk daripada binatang. at least binatang ni kalau rasa suka, buat. dah bunting, tak ada pula gua dengar 'kucing buang anak'. nampak tak betapa lu lagi teruk daripada binatang?

lu jadi hilang pedoman. hidup lu dipenuhi setan. mangkuk nasi yang mak lu guna untuk suap dulu, mangkuk jamban yang mak lu ajar guna dulu, semua lu balas dengan mangkuk hayun. yang lagi seronok bila anak luar nikah lu tu lahir, lu dengan rasa tak bersalah langsung pergi buang dalam mangkuk jamban! 

woi! bukan ke mak lu ajar buang tahi dan kencing je kan dalam mangkuk jamban tu? yang lu pegi buang bayi tu ape kejadahnya? bayi tu najis ke weh? walaupun lu perangai macam celaka sampai dapat lahirkan anak luar nikah tapi bayi tu tak bersalah, bangang! lu yang najis. jijik. busuk.

memang mangkuk hayun sungguh la lu ni. bila merdeka je, lu fikir bebas. lu fikir merdeka tu maksudnya bebaskan pakaian lu daripada badan ke? merdeka sangat.

setiap hari, peratus buang bayi makin meningkat. lu nak tahu sebab apa? sebab negara kita ni banyak sangat keraiannya. itu nak rai. ini nak rai. sikit-sikit nak rai. semua nak rai. manalah mangkuk-mangkuk hayun yang singkat akal ni tak rasa nak enjoy je.

masa berhimpun kat mana-mana dataran untuk sambut merdeka, lu laungkan merdeka. memang lu laungkan merdeka kat mulut, tapi kat bawah lu buat perangai najis, celaka dan setan lu tu! merdeka habis.

sekarang lu ada hati nak ucap Selamat Merdeka lagi? bagi gua, tak perlu. tak perlu selagi ucapan tu hanya keluar daripada mulut mengikut kebiasaan. klise sangat. sedangkan lu taklah merdeka mana pun. tak malu. sungguh.

lu dah nampak kan apa kaitan mangkuk-mangkuk itu semua? si pemakan dalam mangkuk nasi yang dah jadi mangkuk hayun dengan membuang bayi dalam mangkuk jamban. mangkuk betul.

memang kali ni gua saje tules panjang-panjang. lagipun, gua dah lama berehat daripada menulis. gua puas memerhatikan manusia sekeliling, memendam rasa bengang gua. anggaplah ini edisi bumper kemerdekaan. huh.



lu boleh ertikan merdeka dalam apa dimensi yang lu suka.
tapi lu takkan boleh ertikan merdeka yang sebenarnya bila lu berperangai celaka.
gua pun tak sempurna.
sungguh gua mengaku yang gua ada juga celanya.
tapi satu je yang gua pinta.
tolong jangan menambah bilangan yang ada.
jiwa gua rasa sengsara.
raga gua terseksa.
dan ini untuk peringatan semua.
kalau terasa, padan muka!
gua kisah apa.

Wednesday, August 25, 2010

hina.

dalam hidup, kita sememangnya tidak diberikan pilihan. sejak sebelum kita berada dalam rahim ibu lagi, adakah kita diberi pilihan oleh Allah untuk disenyawakan, ditiupkan roh lalu dihidupkan? tidak. kerana Allah yang berhak dan berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. ingat itu.

gua akui gua selalu pentingkan diri gua. mungkin ada yang fikir orang bodoh macam gua je yang buat blog sebab nak lepaskan rasa bengang gua. tapi, kalau lu jadi orang yang gua bengangkan itu, adakah lu orang sanggup menadah telinga dan berperang sampai ke sudah dengan gua kalau gua lepaskan marah dan bengang gua kat lu orang? sanggup? i bet you don't.

jadi, biarkan gua dengan cela gua. biarkan gua dengan rasa bengang gua kat sini. memang gua fikir enggan bersubahat dengan perangai celaka orang yang tak reti bahasa, tapi gua tak larat dah nak tegur depan-depan. bukan gua takut. tapi, gua dah malas. gua dah cakap, tapi tak nak dengar, justeru boleh pergi mampus!

cuma satu pesan gua, gua tahu mak bapak lu tak tahu kegiatan lu, jadi jangan sampai dia orang tahu dan mati masa tu juga sebab terkejut dengan perangai anak yang disangka baik dan menjadi harapan keluarga. gua rasa kasihan dengan mak bapak lu. lu tahu apa yang lu buat tu salah, tapi lu buat juga kan?


gua doa semoga gua tak diuji begitu
sebab gua tahu gua tak sekuat mana untuk menolak nafsu

kali ni gua syak gua tules untuk lu bace dengan lebih tenang.
mungkin kerana gua sedih gua tak banyak beribadat tapi banyak mengumpat.
sedangkan Ramadhan dan semakin hampir untuk meninggalkan gua.
sesungguhnya gua memang insan hina.
tapi lu?
mungkin lebih hina.
mungkinlah.
heh.

Sunday, August 22, 2010

setia.

gua pernah terbaca; kalau tak setia, bukan perempuan namanya. dan kalau tak bercinta lebih daripada sekali, bukan lelaki namanya.

sejauh mana kebenaran kata-kata ni? itu gua tak tahu.

tapi, yang gua nak tules untuk lu orang baca adalah kalau nak setia pun berpada-padalah. ingat-ingat sikit agama. ingat Tuhan. ingat mak bapak. jangan nak setia membabi buta je. 

tengok. kan gua dah tertules babi kat situ. siapa suruh lu perangai macam babi. gua syak babi lagi elok perangai daripada lu. kalau tak elok pun, orang kisah apa sebab babi tu binatang.

so, gua nak pesan kat lu orang, kalau lu nak bercinta sekali pun, tolonglah bercinta guna akal sekali. sebab kalau lu bercinta guna hati semata, nanti lu mati seksa.


lu orang tak payah sibuk-sibuk fikir siapa gua.
yang gua tahu gua nak lepaskan bengang gua kat sini.

untuk lu, lu jangan suka sangat.
kadang-kadang kita kena juga beringat.
apa yang lu buat, ada balasan yang lu akan dapat.
masa tu, lu jangan sibuk cari orang nama sahabat.

Saturday, August 21, 2010

celaka.

waktu bercinta, semua indah bukan? kalau kentut busuk bau petai sekali pun, tetap bau ambipur yang lu bau kan? ok. lu orang tak perlu tanya gua kenapa gua tules kat sini lagi. memang tak ada sebab lain. sebabnya, gua bengang. bengangsaje. lu orang jangan tanya bila gua tak bengang dah. sebab bila gua dah tak bengang, blog ni pun akan suram tanpa pamitan. apa tinggi sangat laras bahasa yang gua guna ni? heh.

gua nak perhatikan je dari dekat sampai bila lu orang boleh pertahankan manisnya bercinta tu. kalau dah sampai bawak balik dan basuh spender jantan keparat tu, entah mana la lu letak lu punya maruah kan. haila. gua naik pusing kepala 360 darjah fikir pasal lu ni. kenapa gua mesti fikir pasal lu kan? sebab lu menyemak dalam hidup gua! mujur juga gua ada blog untuk gua luahkan rasa bengang gua kat lu. 

pesanan gua untuk lu; walau apa pun yang lu buat, kalau gua tahu lu salah seorang penyumbang kes buang bayi yang berlambak bak cendawan tumbuh selepas hujan ni, gua rejam lu sampai mati! buat malu mak bapak je ada anak macam lu ni!


hidup macam celaka, jangan ingat lu boleh bahagia.
ingat, yang lu rasa indah tu hanyalah sementara.
celaka.
memang celaka.

Friday, August 20, 2010

jalan.

gua makin jelik tengok drama swasta berbabak-babak dimainkan saban hari. sampai gua naik jemu. bilalah agaknya drama ni akan berakhir? gua dah penat melihat drama yang tidak berkesudahan. kalau setiap hari meminta pada Tuhan agar ditunjukkan jalan yang lurus, tapi kenapa masih berdegil memilih jalan yang bengkang-bengkok?

lagak bagai laki bini. hey, tak malu ke lu wahai perempuan? atau lu ni sebenarnya betina? betina jalang? gua habis keliru la dengan lu ni! gua dah nasihatkan lu supaya lu orang menikah je. tapi, macam-macam alasan lu orang boleh bagi kan. tak cukup duit la. nanti kenduri tak ada orang datang la. lu orang nak harapkan apa sebenarnya?

nak kata lu orang tak ada duit, yang lu si betina tiap-tiap minggu pergi rumah laki tu dengan perjalanan dua jam boleh pula? begitu gamaknya orang tak berduit. bukan macam gua. dah tak berduit, gua buatlah lagak orang tak berduit. duduk memerap dalam bilik, tules pasal rasa bengang gua kat lu sambil menahan rasa lapar nak berbuka kejap je lagi. nanti gua buka pun dengan air seteguk dan kurma sebiji. sadis tak sadis hidup orang tak berduit macam gua ni? 

gua bukan macam lu. nama tak berduit, tapi setiap minggu lu pergi berjimba-jimba. baik lu kumpul duit lu tu untuk buat menikah. lagi elok, ye dak? gua tahu siapa diri gua. lu je yang tak sedar diri lu tu. dah macam perempuan murah gua tengok. tu belum kawen lagi. kang dah kawen, mulalah lu nak datang merengek kat gua, habis madu sepah dibuang lu kata kan. lu memang terbaik! perangai macam celaka masing-masing. yang jantan tu pun satu hal. kalau lu baik, lu tak ada ubah perangai makwe lu tu jadi macam celaka. dulu sekolah agama, sekarang solat pun entah gua tak tahu lu baca apa. biarlah. tu urusan lu dengan Tuhan.

gua tengah fikir agak-agak nikmat ke hidup laki lu tu bila setiap minggu lu turun rumah dia untuk 'berkhidmat' untuk dia? fuhh! gua memang kagum habislah dengan lu jantan! belum menikah pun lu dah dapat apa yang bukan menjadi milik lu kan? gua syak lu memang bangga habis dengan diri lu sendiri. tapi lu jangan suka sangat. bala Allah sekarang Dia bagi cash je.



perangai celaka tak layak berkawan dengan orang bukan puaka macam gua. 
gua ini reti maki saje. 
lu pilih la jalan ke syurga atau neraka. 
itu pilihan lu.

sebab.

sebenarnya ada sebab kenapa gua buat blog ni. kalau lu orang tengok url gua pon lu orang boleh dapat agak kan kenapa gua buat blog ni. ya, gua memang bengang. tak tipu punya bengang. gua syak memang biasa ramai orang nak ada rasa bengang ni. gua tak terkecuali.

gua harap tahap kebengangan gua akan menyurut. tapi, untuk apa pula gua harap menyurut? bukankah blog ini dicipta untuk gua lepaskan rasa bengang gua? tak perlu orang baca pon. cukup gua dapat lepaskan. 

puas. rasa. lemas. dalam. dada.

dada tu
kalau boleh 
taknak yang tak bidang 
dan berbulu lebat 
mahupun bersaiz A 

gua bosan




kalau dah bercinta sakan macam laki bini, kenapa tak menikah saja? gua penat bersubahat!

Thursday, August 19, 2010

basmalah.

gua mulakan blog ni dengan lafaz suci, bismillahirrahmanirrahim...

niat gua boleh jadi ikhlas. boleh jadi tak berapa nak ikhlas juga. bergantung. tapi, gua memang harap sangat blog gua ni boleh bagi manfaat pada lu orang. kalau gua termelucah ke, gua mintak ampun awal-awal. kata orang, tak sedap pula kalau tak ada perisa tambahan. itu kata orang. kata gua pula, astaghfirullahalazim...

lu orang boleh nilai gua macam mana orangnya. memang baik luar dan dalam. moga-moga.



gua harap lu orang jangan terlampau gembira sebab kebimbangan itu sebenarnya perlu ada.