Thursday, March 31, 2011

kuasa.

kuasa adalah satu perkara yang sangat penting dalam kehidupan. kuasa untuk melakukan, kuasa untuk memiliki, kuasa untuk memerintah dan banyak lagi. memang nampak sangat kuasa ni memainkan peranan yang sangat signifikan dalam kehidupan.

bila dah ada kuasa, ada jugak la orang yang gila kuasa. orang yang gila kuasa ni bukan setakat boleh dilihat daripada kuasa untuk memerintah. tapi, kuasa yang gua nak jelaskan di sini adalah kuasa untuk menguasai. nampak lagi pathetic dan real bukan? memang orang macam ni wujud dalam dunia. lebih-lebih dalam dunia yang gua diami.

gua cukup bengang dengan orang macam lu. sumpah. gua kalau tak bengang, takde gua tules kat sini. ni sebab gua bengang yang terlampau agung dan gua tak mampu nak sandarkan rasa bengang gua ni kepada orang lain atau medium lain, maka gua sandarkan di sini. agar suatu hari nanti gua mampu untuk menoleh dan menilai kembali perasaan bengang yang pernah gua alami.


gua benci lu,
mungkin sebab benci gua jadi bengang,
mungkin sebab bengang gua jadi meluat,
mungkin sebab meluat gua jadi geram,
lu mungkin tiada kuasa,
tapi gua tahu lu sangat mendambakan kuasa,
dan lu fikir semua orang pun sukakan lu,
dan akhirnya lu fikir lu yang paling berkuasa,
CELAKA LU!!!

Thursday, February 10, 2011

diam.

bila gua duduk sendiri, keadaan memang akan jadi sunyi. dan kesunyian tu langsung tak membuatkan gua resah mahupun gelisah. sebab gua sedar gua sedang berkeseorangan dan bersendirian. tapi, kalau gua tak duduk sendiri kerana kehadiran seorang insan lain yang bernama rakan sebilik, dan keadaan yang sunyi menguasai, memang gua rasa janggal. 

gua rase janggal kenapa mesti keadaan yang boleh menjadi ceria dan meriah diselubungi kesunyian yang maha hebat? kenapa mesti nak diikutkan perasaan yang penuh ragu-ragu? kenapa mesti menghukum semua orang adalah sama sebelum memberi peluang untuk mengenali orang tu terlebih dahulu? kenapa? kenapa? dan kenapa? persoalan yang tak pernah mati dalam benak fikir gua.

mahu gua tak bengang. bila kita tahu itu adalah masa untuk kita bercakap, kenapa kita tak gunakan peluang yang ada? gua bengang gila lah dengan pesen perangai manusia macam ni! konon nak cakap tak percaya orang, tapi deep inside lu still perlukan orang di sekeliling untuk support lu. ya, kita memang hidup dan mati sendiri. tapi, tak boleh ke lu manfaatkan selama lu masih hidup ni untuk menikmati keadaan dengan orang sekeliling? 

kenapa lu tak bukakan pintu hati lu? kenapa mesti disempitkan pemikiran? kenapa mesti terlalu awal meletakkan satu justifikasi, yang langsung tidak adil? kenapa? kalau lu mampu bagi gua jawapan, sumpah gua takkan kacau lah hidup lu! tapi, sekarang ni gua jadi bingung dan bengang. apa entah yang ada dalam kepala hotak lu tu.


lu jangan ingat lu boleh hidup sendiri dalam semua situasi,
kerana kekadang lu kena sedar lu perlukan orang di sisi,
dan kalau masa tu lu masih nak bersikap menyendiri,
ok fine, sila pergi mati.

Friday, January 21, 2011

kembali.

kalau lu datang sekadar nak memarakkan api yang sedang membara dan bagai kemarau di seluruh pelusuk dunia sehinggakan tiada satu pun sumber air yang boleh memadamkannya, gua nasihatkan baik lu blah sebelum kata-kata gua menjadi sajian makanan lu seumur hidup. gua serius.

gua ingat gua takkan bengang bila munculnya hari baru, tahun baru. tapi, gua lupa yang gua manusia biasa. memang gua akan rasa bengang bila berhadapan dengan orang bangang. terutamanya kalau yang bangang itu lu. lagi gua rasa macam nak cekik-cekik je lu sampai memerah muka menunggu sakaratul maut. 

tapi, gua tahankan. meski iman gua senipis kulit bawang, mujur dengan iman yang tipis itulah gua sedang menahan amarah gua yang berapi dan semakin diapikan.


marah itu biasa.
bengang juga sama.
berbeza masa.
rasa kekal sama.
gua kembali.
dengan rasa keji.
jangan dirisaukan.
ini bukan untuk lu semata.
jadi jangan nak perasan.
ok sekarang boleh lu ke neraka?