Thursday, February 10, 2011

diam.

bila gua duduk sendiri, keadaan memang akan jadi sunyi. dan kesunyian tu langsung tak membuatkan gua resah mahupun gelisah. sebab gua sedar gua sedang berkeseorangan dan bersendirian. tapi, kalau gua tak duduk sendiri kerana kehadiran seorang insan lain yang bernama rakan sebilik, dan keadaan yang sunyi menguasai, memang gua rasa janggal. 

gua rase janggal kenapa mesti keadaan yang boleh menjadi ceria dan meriah diselubungi kesunyian yang maha hebat? kenapa mesti nak diikutkan perasaan yang penuh ragu-ragu? kenapa mesti menghukum semua orang adalah sama sebelum memberi peluang untuk mengenali orang tu terlebih dahulu? kenapa? kenapa? dan kenapa? persoalan yang tak pernah mati dalam benak fikir gua.

mahu gua tak bengang. bila kita tahu itu adalah masa untuk kita bercakap, kenapa kita tak gunakan peluang yang ada? gua bengang gila lah dengan pesen perangai manusia macam ni! konon nak cakap tak percaya orang, tapi deep inside lu still perlukan orang di sekeliling untuk support lu. ya, kita memang hidup dan mati sendiri. tapi, tak boleh ke lu manfaatkan selama lu masih hidup ni untuk menikmati keadaan dengan orang sekeliling? 

kenapa lu tak bukakan pintu hati lu? kenapa mesti disempitkan pemikiran? kenapa mesti terlalu awal meletakkan satu justifikasi, yang langsung tidak adil? kenapa? kalau lu mampu bagi gua jawapan, sumpah gua takkan kacau lah hidup lu! tapi, sekarang ni gua jadi bingung dan bengang. apa entah yang ada dalam kepala hotak lu tu.


lu jangan ingat lu boleh hidup sendiri dalam semua situasi,
kerana kekadang lu kena sedar lu perlukan orang di sisi,
dan kalau masa tu lu masih nak bersikap menyendiri,
ok fine, sila pergi mati.